Forum Bicara PERSADA Ke-17 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini pada 29 Januari lalu diberitahu bahawa mangsa yang amat memerlukan bantuan telah tersisih walaupun terdapat banyak kumpulan sukarelawan kebajikan yang menyumbang kepada usaha-usaha bantuan. Forum itu bertajuk ‘Banjir 2014/2015: Merungkai Kecelaruan’.